Pada 5/11 kechik keluar bersama rakan2(kiey,mee,ari,jat,chor,ziffy,gun,mamu) untuk makan malam. Ketika kami sedang menjamah makanan jat menerima satu panggilan dari teman serumahnya bahawa rumah mereka telah dirompak. Kami terus bergegas ke rumah jat dengan sepantas yg boleh. Setibanya kami di chery park, kelihatan ramai rakan2 se college berada di hadapan pintu masuk. Kami diberitahu ahli2 rumah jat telah berada di balai polis utk membuat report. Tidak lama kemudian mereka pulang ke cherry park. Mereka menceritakan kejadian tersebut. didapati 3orang lelaki berbangsa india menceroboh rumah mereka dengan bersenjatakan parang dan pisau. Kesan dari rompakan tersebut, 2 biji laptop,3 biji handset dan wang tunai sebanyak RM60 telah dilarikan. Perompak itu juga berpesan supaya berdiam diri dan jika ingkar salah satu nyawa daripada ahli rumah akan itu akan di ambil(mudah2 nak amek nyawa org). Disyaki bahawa perbuatan ini didalangi oleh rakan2 kepada ahli penghuni di cherry prk ini. Kerana ketika rompakan berlaku barang2 berharga berada di rumah yg selalunya di bawa keluar dan pada malam itu pula tiada sekumpulan lelaki india yg sebelum ini melepak di hadapan umah rakan meraka sehingga lewat pagi seperti 2,3 hari yang belum ini. Diminta anggota polis akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

MAKA DENGAN INI HATTA SERAYA KECHIK BERKATA BERSEDIALAH WAHAI RAKAN SEPERJUANGANKU